Pengikut Setia

Thursday, August 9, 2012

Tan Sri Jins Shamsuddin kini uzur...

KUALA LUMPUR : Seniman negara, Tan Sri Jins Shamsuddin, 77, kini uzur dan memerlukan penjagaan rapi sehingga tidak boleh dibiarkan bersendirian di rumah.
Isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 52, berkata kebanyakan teman Jins tidak mengetahui keadaan terkini kesihatan suaminya kecuali teman rapat.
“Sejak tamat perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara setahun lalu, Jins kini lebih banyak meluangkan waktu di rumah dengan menonton televisyen dan membaca,” katanya selepas kepimpinan Persatuan Darul Ridzuan (PDR) melawat pelakon veteran itu di kediamannya di Kampung Pasir, dekat sini, semalam.

Ditulis Oleh : abangutara // 2:17 AM
Kategori:

0 comments:

Post a Comment

 
z a m | abangutara. Powered by Blogger.